LONDON – Selepas menarik diri daripada menyertai jelajah pramusim ke Amerika Syarikat, masa depan ketua pasukan Manchester United kini menjadi tanda tanya apabila dikatakan akan meninggalkan Old Trafford.

Menurut Goal.com, Wayne Rooney dilapor bakal menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Everton.

Hasrat Rooney itu telah dimaklumkan kepada Jose Mourinho.

Rooney meninggalkan Everton pada 2004 dan ingin kembali bersama skuad bimbingan Ronald Koeman.

Selain dijanjikan kesebelasan utama oleh barisan jurulatih dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim baru, Rooney masih menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu, sama seperti di United.

Skuad The Toffe menjangkakan perpindahan Rooney akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Ketiadaan Rooney kelak menyaksikan United akan mengumumkan ketua pasukan baharu ketika jelajah ke Amerika Syarikat pada bulan ini.

Ander Herrera bakal mengetuai United pada musim baru ini selepas mempamerkan kepimpinan dan aksi memberangsangkan musim lalu. – MalaysiaGazette