Foto Instagram Anis Al-Idrus

KUALA LUMPUR – Gara-gara pembantu peribadi menghantar mesej kepada pengusaha kek untuk meminta tajaan majlis perkahwinannya, aktres Anil Al-Idrus telah dimalukan di media sosial.

Anis yang akan bernikah esok menerima kritikan netizen apabila usahawan kek itu memaparkan perbualan antara mereka berdua bagi meminta tajaan kek cawan berharga RM50.

Jelas Anis menerusi rakaman video di laman sosial Instagramnya, tujuan pihaknya meminta tajaan kerana ingin memberi peluang mempromosikan perniagaan usahawan itu tanpa dikenakan bayaran promosi.

Kata wanita berusia 28 tahun itu, tiga majlis perkahwinannya bakal mendapat liputan secara langsung di media sosialnya dan program Mahligai Cinta yang akan memberi peluang mempromosi produk tajaan majlis tersebut.

“Sebagai seorang selebriti yang turut menjalankan perniagaan dalam talian, saya memahami kesukaran peniaga-peniaga baharu dalam hal promosi produk mereka.

“Saya juga masih lagi menjalankan cara tersebut sebagai salah satu promosi produk keluaran saya,” katanya yang tampil membuat penjelasan bagi menjernihkan keadaan.

Pada 24 Jun lalu, seorang pengusaha kek cawan menyelar tindakan pembantu peribadi pelakon itu yang memohon tajaan sekotak kek cawan berharga RM50 yang disifatkannya sebagai tidak patut.

Individu tersebut berpendapat ia tidak mendatangkan hasil terhadap perniagaannya kerana tidak mengenali penyanyi berkenaan.

Sementara itu, Anis bakal berkahwin dengan pemuda pilihannya iaitu Aiman Rafzan pada esok.

Majlis berkenaan akan berlangsung di De’Laman Event Space, Shah Alam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast