KUALA LUMPUR –  Menyedari keselamatan penumpang dan pemandu teksi adalah penting, syarikat EzCab Sdn Bhd memperkenalkan aplikasi e-hailing bagi memudahkan kedua pihak membuat panggilan hanya dengan menekan satu butang.

Menerusi aplikasi EzCab, tiga jenis panggilan boleh dibuat hanya dengan satu butang untuk menghubungi 999, nombor talian kecemasan peribadi dan pusat perhubungan pelanggan.

Menurut Pengarah Ekskutif, Nor Aleesha Abdullah sehingga kini pihaknya sudah mendapat kepercayaan kira-kira 2,000 pemandu teksi seluruh Malaysia dan di Lembah Klang sahaja lebih 1,000 pemandu aktif menggunakan aplikasi itu/

“Buat masa ini sambutan dari pemandu teksi adalah positif namun ada beberapa cadangan untuk memperbaiki aplikasi ini diberikan,” jelas Nor Aleesha dalam sidang media hari ini.

Jelas Nor Aleesha, aplikasi itu akan dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 17 Julai nanti.

Nor Aleesha berharap lebih ramai persatuan dan pemandu teksi akan menggunakan aplikasi yang menawarkan perkhidmatan dalam bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris dan Jepun yang disifatkannya mampu memberi nilai tambah kepada penggunaan teksi.

Buat masa ini aplikasi ini hanya boleh digunakan pemandu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan penumpang boleh pilihan bayaran secara tunai atau potongan akaun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast