Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman bercakap pada sidang media UMNO mengenai Program Parlimen Mahasiswa 2017 di Pejabat Mubarak, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakat Malaysia (Mubarak) mengesyorkan kepada Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar mengekalkan bangunan sementara yang dijadikan dewan untuk sesi persidangan.

Katanya, bangunan itu yang telah dikosongkan selepas bangunan baharu memulakan sesi persidangan pertama dari Mac hingga 8 April lalu wajar dikekalkan untuk kegunaan persidangan Parlimen Kanak-Kanak, Belia dan Mahasiswa.

“Dalam perjumpaan saya dengan Pandikar Amin baru-baru ini, saya syorkan beliau mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar bangunan sementara itu dikekalkan.

“Bangunan itu mempunyai peralatan yang lengkap untuk persidangan dan perlu digunakan untuk sesi persidangan Kanak-Kanak, Belia dan Mahasiswa,” katanya pada sidang media di pejabat Mubarak Malaysia di sini hari ini.

Pada sidang media itu, beliau mengumumkan sebanyak 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan enam IPTS akan menghantar peserta masing-masing pada Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 bermula 14 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast