AMERIKA SYARIKAT – Jika anda ada pengalaman kad kredit ditolak ketika urusan pembayaran di kaunter, anda tidak perlu malu dan rasa rendah diri.

Ini kerana diva tersohor antarabangsa, Diva Mariah Carey telah melalui situasi yang sama baru-baru ini.

Mariah terpaksa menahan malu kerana kad kredit ditolak ketika dia sedang berbelanja barang mewah. Bukan sekali ditolak namun tiga kali.

Penyanyi yang popular dengan lagu All I Want for Christmas Is You ketika itu dikatakan sedang berbelanja di butik Rodeo Drive untuk  membayar salah satu barang berjenama Louis Vuitton

“Pada mula, Mariah menyangka kad kreditnya ditolak kerana masalah teknikal. Namun selepas tiga kali mencuba, kad kredit masih ditolak.

“Wajah Mariah ketika itu berubah dan dia berasa sangat malu,” dedah sumber seperti yang dilaporkan portal hiburan, Aceshowbiz.

Akhirnya, Mariah dan pembantunya terpaksa keluar dari butik tersebut dan pergi mengeluarkan wang tunai.

Penyanyi berusia 47 tahun itu kembali ke butik tanpa wajah rasa bersalah dan kelihatan yakin serta bersikap seolah-olah tidak mahu disalahkan atas insiden itu.

“Pengurusnya, Stella Bulochnikov hampir menimbulkan kekecohan sebelum itu. Namun kemudian mereka membeli barang itu dengan wang tunai,” jelas penyampai sumber itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast