Syed Ali Syed Al-Habshee
Syed Ali Syed Al-Habshee

KUALA LUMPUR – DAP perlu mencontohi demokrasi yang diamalkan oleh UMNO supaya membuat semula pemilihan parti berikutan gesaan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia (ROS) baru-baru ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee, ketika UMNO pernah dibatalkan penubuhannya suatu ketika dulu, parti itu akur dengan ROS walaupun ketika menjadi parti utama memerintah.

Lalu, katanya, UMNO berjaya membuat semula pemilihan jawatankuasa tanpa sebarang dolak-dalih.

“DAP bila ROS kata kena buat pemilihan semula, bila kena batang hidung sendiri, dia kena terima hakikat. ROS kata buat pemilihan semula, buatlah pemilihan semula.

“Mereka (DAP) tak tunjuk saja, sebab itu dia tak berapa nak adakan pemilihan, kita UMNO lain, kalau disuruh buat pemilihan semula kita buat. Bila kena batang hidung dia, dia kata ini kerja UMNO, kerajaan tak betul apa semua,” katanya ditemui selepas merasmikan mesyuarat bahagiannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, berkenaan gesaan ROS itu yang dianggap sebagai mengarut oleh Lim Kit Siang, Syed Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP itu sebagai seorang pemimpin parti yang takut kehilangan jawatan.

Ia berikutan terdapat ahli-ahli DAP yang sudah bosan dengan kepimpinan ‘tua’ DAP yang sinonim dengan ‘keluarga diktator’ itu.

“Kit Siang ini saya nak kata dia ni pandai bercakap sahaja bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam. Hari ini rasanya DAP kena buat pemilihan semula buat la apa yang takutnya.

“Memang dia takut (kalah), mungkin ada perubahan bila ada pemilihan semula, ahli dap sekarang ada yang dah menyampah dengan kepimpinan yang ada sekarang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast