Api marak di Cache Creek British Columbia

VANCAOVER – Wilayah British Columbia di negara ini diisytiharkan dalam kecemasan berikutan berlaku 180 kebakaran hutan.

Kerajaan Persekutuan berkata, pihaknya sedang memantau situasi dan bersedia untuk memberi bantuan.

CBC News melaporkan kira-kira 7,000 orang telah dipindahkan kerana kebakaran itu mengancam kehidupan sebahagian komuniti tengah British Columbia.

Ia adalah pengisytiharan kecemasan kali pertama di wilayah itu dalam tempoh 14 tahun.

Pasukan keselamatan British Columbia berkata, angin kencang dan cuaca panas menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas.

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

Setakat ini mangsa yang mati dan cedera dilaporkan tetapi pihak berkuasa meminta penduduk mengambil langkah-langkah keselamatan.

Wilayah Saskatchewan menghantar tiga pesawat dan 30 bomba dan kakitangan sokongan membantu memadam kebakaran.

Sejumlah 260 bomba dari luar wilayah ini dijangka tiba minggu depan, kata Menteri Sumber Asli, John Rustad.

“Keadaan cuaca tidak mengizinkan. Kebakatan sangat agresif yang menjadikannya sangat sukar,” kata Rustad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast