ISTANBUL – Presiden Tayyip Erdogan memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan negaranya.
Amerika Syarikat telah membekalkan senjata kepada YPG Kurdish yang mengambil bahagian dalam pertempuran untuk menawan semula bandar Raqqa oleh IS telah mengecewakan Turki.
Ankara melihat YPG Kurdish sebagai lanjutan dari kumpulan PKK Kurdish yang telah melancarkan pemberontakan panjang di tenggara Turki.
Turki, Washington dan Kesatuan Eropah semuanya telah menetapkan PKK Kurdish sebagai organisasi pengganas.
“Kami pasti tidak akan berdiam diri terhadap sokongan dan penyatuan organisasi keganasan di sebelah sempadan kami dan pembentukan pulau-pulau keganasan di rantau ini.
“Kami tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak kami untuk mempertahankan diri terhadap pembentukan yang mengancam keamanan negara ini,” kata Erdogan pada sidang akhbar di sidang kemuncak G20 di Hamburg menurut laman web Hurriyet Daily News..
Erdogan telah menyatakan amaran Turki terhadap keputusan Amerika Syarikat yang mahu membekalkan senjata kepada YPG Kurdish di mesyuarat di White House dengan Presiden Donald Trump pada bulan Mei lalu.
Pemberontak Syria pada hari Jumaat lalu berkata, mereka bersiap sedia untuk menyertai tentera Turki dalam serangan baru terhadap Kurdish di barat laut Syria, meningkatkan prospek konflik yang semakin kompleks.
Pegawai Turki tidak mengulas mengenai sebarang persiapan ketenteraan di utara Syria utara. Tentera Turki melancarkan serangan ke seluruh sempadan pada Ogos lalu untuk menyokong pejuang pemberontak Syria, yang mensasarkan kepada IS dan YPG Kurdish. – MalaysiaGazette