Home Dunia 19 mayat ditemui di Gurun Jaghboub

19 mayat ditemui di Gurun Jaghboub

LIBYA – Sebanyak 19 mayat ditemui di Gurun Jaghboub, kira-kira 400 kilometer dari bandar pelabuhan Tobruk di selatan Libya, dekat sempadan Mesir.

Mereka dipercayai mati akibat suhu panas dan kelaparan, kata jurucakap Bulan Sabit Merah, Khaled al-Raqi.

Mayat-mayat itu ditemui pada Sabtu lalu kemudian dimasukkan ke dalam beg hitam, namun tidak pasti akan dikebumikan atau dipulangkan ke negara asal.

Tujuh mayat itu telah dikenal pasti melalui dokumen dan kad pengenalan masing-masing manakala baki 12 lagi dipercayai warga Mesir, berdasarkan penampilan mereka.

Kedutaan Mesir berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti identiti 12 mayat itu.

Setakat ini tidak dipastikan 19 orang mangsa itu mahu menyeberang Libya untuk menaiki bot ke Eropah.

Beribu-ribu warga Mesir menyeberangi Laut Mediterannean ke barat Libya sejak berdekad untuk mencari perkerjaan dalam industri minyak. – MalaysiaGazette