LONDON – Seramai 70 orang bomba terlibat dalam memadam kebakaran di pusat pelancongan popular di bangunan Camden Lock Market pada awal pagi ini.
Jabatan Bomba London berkata, pihaknya turut menghantar 10 jentera bomba ke kawasan kejadian yang terletak berhampiran dengan kelab malam dan pasar berbumbung.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
“Tingkat pertama, kedua dan ketiga serta bumbung bangunan habis dijilat api,” kata bomba London menerusi Twitter.
Pegawai Kawalan Briged 999 telah meminta orang ramai mengelakkan kawasan itu.
Api dapat dikawal pada pukul 3.20 pagi. – MalaysiaGazette