Wayne Rooney

MACHESTER – Wayne Rooney menyampaikan mesej penuh kasih kepada kakitangan, pemain dan penyokong Manchester United semalam selepas beberapa jam dia melengkapkan perpindahan ke Everton.

Bekas kapten itu telah menyertai semula kelab itu selepas dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson menerusi perpindahan berprofail tinggi pada tahun 2004.

Setelah menghabiskan 13 tahun dan memenangi 16 trofi di United, semalas jelas merupakan detik yang sangat beremosi buat Rooney.

“Hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Manchester United,” kata penyerang itu di laman sosial Twitter miliknya.

“Terima kasih kepada ahli lembaga pengarah selama bertahun-tahun, para pengurus dan jurulatih yang saya pernah bermain di bawah mereka, kakitangan yang saya telah bekerja, rakan sepasukan saya yang pernah bermain bersama, dan akhirnya peminat-peminat yang luar biasa yang saya rasa cukup bertuah untuk saya melaluinya. Terima kasih untuk semua kenangan!”.

The Toffees mengumumkan perpindahan rasmi Rooney pada Ahad selepas penyerang berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan kelab lamanya.

Sepanjang bersama United, Rooney beraksi sebanyak 559 perlawanan dan menjaringkan 253 gol, sekali gus mengatasi rekod legenda kelab itu, Sir Bobby Charlton sebagai penjaring paling banyak buat Red Devils.- MalaysiaGazette