Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015.

KUALA LUMPUR – Pelakon Abby Abadi berdepan episod sedih dalam hidup apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia.

Berita malang itu dimaklumkan oleh suaminya, Muhammad Faizal Zakaria yang juga seorang wartawan di laman sosial Instagram Abby.

Muhammad Faizal memberitahu, Abby dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta semalam bagi proses mengeluarkan janin.

Bayi yang berusia lima bulan dan sudah mempunyai cukup sifat itu diberi nama Muhammad Firdaus.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40,  berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015 yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Foto Instagram Abby Abadi.

Sebelum itu dia berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang kini berusia tujuh tahun.

Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.

Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada tahun 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast