Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda

THE HAGUE – Penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda terpaksa dihentikan selama dua jam kerana bau aneh di menara kawalan.

Lapangan Terbang Eindhoven yang terletak di selatan Belanda, adalah hab udara kedua terbesar selepas Schiphol, Amsterdam.

Dalam kejadian itu sebanyak tujuh penerbangan masuk terpaksa dialihkan sementara beberapa pesawat mengalami kelewatan berlepas.

“Operasi Lapangan terbang Eindhoven terganggu selepas bau aneh” dikesan di menara kawalan,

“Selepas pengawal trafik udara mengadu bau busuk yang memeritkan tekak mereka, bahagian keselamatan lapangan terbang memaklumkan perkara itu kepada perkhidmatan bomba yang kemudian memeriksa menara itu,” kata seorang pegawai.

Pangkalan tentera udara tengah Belanda kemudian mengambil alih kawalan dan mengarahkan stujuh penerbangan ke Schiphol serta Maastricht di tenggara serta Weeze di Jerman, terletak di sempadan.

“Kami tidak menemui apa-apa yang perlu diambil perhatian,” seorang bomba dari tenggara Brabant berkata di Twitter selepas menjalankan kawalan.

Selepas dua jam, pengawal trafik udara dibenarkan kembali berkerja selepas siasatan mendapati tidak ada sebarang kejadian yang membimbangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast