OnMuse Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2016 selepas penyusunan semula yang telah dilakukan dengan penglibatan dengan Visual Culture sebagai pengusaha industri hiburan dan media yang komprehensif.

KUALA LUMPUR – Syarikat tempatan hiburan, OnMuse Sdn. Bhd. (OnMuse) mengorak langkah ke hadapan apabila melebarkan sayap ke China dalam usaha membawa artis Melayu ke negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ong Peng Chu berkata, biar pun pihak bermula dalam industi Melayu, OnMuse merupakan syarikat kecil yang memiliki harapan besar pada masa akan datang.

“Kami berharap dapat membawa lebih ramai lagi artis Malaysia khususnya Melayu ke negara China seperti sebelum ini kami membawa Shila Amzah.

“Artis Melayu memang tidak dinafikan begitu berpotensi besar  di dalam industri muzik. OnMuse sangat berbangga kerana ketika ini dapat bekerjasama dengan dua artis muda iaitu Meer Nash dan Maisarah Ukulele.

“Saya merasakan bakat mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi boleh di bawa ke luar dari Malaysia seperti tanah besar China dan mungkin akan dapat menjadi lebih besar dari Shila Amzah pada suatu hari nanti,” katanya kepada MalaysiaGazette.

OnMuse Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2016 selepas penyusunan semula yang telah dilakukan dengan penglibatan dengan Visual Culture sebagai pengusaha industri hiburan dan media yang komprehensif.

Syarikat itu terlibat dalam pengurusan artis, penglibatan dan pengurusan acara artis tempatan dan antarabangsa, pengeluaran muzik dan perhubungan awam (PR) .

OnMuse juga adalah syarikat bernaung buat artis tempatan yang mencipta nama di China, Jeryl Lee Pei Ling yang merupakan seorang bintang baru kebanggaan Malaysia yang lahir dari rancangan realiti, Sing! China dengan mewakili industri hiburan Malaysia.

Selain itu, OnMue memilki artis lain seperti Pink Tan dan Muse Girls iaitu kumpulan gadis Malaysia yang baru berusia 21 tahun.

Selain itu, syarikat OnMuse baru-baru ini membuktikan serius dalam  industri muzik Melayu apabia menandatangani dua Meer Nash dan penyanyi serta pemuzik genius Maisarah (Maisarah Ukulele) yang berusia 16 tahun.

Kedua-dua wajah segar berbangsa Melayu ini mempunyai bakat, rupa dan potensi tanpa had.

Dalam pada itu, selain terlibat dalam bidang muzik, OnMuse turut membuat perancangan publisiti artis dan membantu menggilap kerja seni persembahan serta mencungkil artis yang berpotensi.

Peng Chu menambah, OnMuse akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dari China dalam usaha menggalakan pertukaran muzik hiburan tempatan dan kebudayaan antara kedua-dua negara.

Artis baharu yang bakal digilap oleh OnMuse.

Jelasnya, sebagai sebuah syarikat yang terlibat sepenuhnya di dalam bidang hiburan tanahair dan antarabangsa yang mengintegrasikan pemasaran media dan hiburan baru, OnMuse juga akan bekerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa lain.

Selain itu mereka membuat perancangan dengan artis mereka sendiri termasuk membantu mengatur pelbagai persembahan atau acara komersial, mengadakan konsert dan sebagainya.

“Sebagai contohnya,  penyanyi dan penulis lagu terkenal Malaysia, Eric Moo akan muncul pada Concert Asia Tour Live In Malaysia – Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 19 Ogos ini di Spice Arena yang merupakan salah satu daripada pelbagai projek yang akan dijalankan oleh OnMuse dengan kerjasama rakan kongsi dari Cina, Visual Culture.

“Selain itu, kumpulan artis terkenal di bawah Visual Culture seperti penghibur dari Taiwan yang serba boleh iaituPhoebe Huang, artis Kanada, Christopher Downs yang bermastautin di Taiwan dan bintang terkenal serba boleh dan cilik, Poppy (Daughter of Downs Dan Huang) akan muncul dalam televisyen berjudul Where Are We Going, Dad”, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast