MANCHESTER – West Ham berada di hadapan dalam mendapatkan penjaga gol Manchester City, Joe Hart secara pinjaman untuk tempoh setahun.
Namun, penjaga gol England itu sedang menmbang untuk berhijrah ke West Ham secara tetap.
Hart yang dipinjamkan kepada Torino musim lalu kembali ke kem latihan di Stadium Etihad bimbang masa depan di bawah pengurus Pep Guardiola.
West Ham tidak sanggup mengeluarkan dana £20 juta yang ditetapkan City untuk Hart tetapi mahu mendapatkan pemain itu secara pinjaman. – MalaysiaGazette