Gambar hiasan

NEW YORK – Pengeluaran minyak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkat pada bulan Jun lebih daripada 300,000 tong sehari.

OPEC termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.2 juta tong sehari mulai 1 Januari untuk mengimbangi bekalan.

Termasuk Nigeria dan Libya, yang dikecualikan daripada perjanjian itu, jumlah pengeluaran kesemua 13 anggota OPEC pada bulan Jun meningkat kepada kira-kira 32.47 juta setong.

Angka itu meningkat sebanyak 330,000 setong daripada data pada bulan Mei.

Peningkatan pengeluaran di Nigeria dan Libya, yang mana keluaran telah dihadkan oleh konflik, telah menimbang harga minyak.

Pemulihan telah mendorong lebih banyak perbincangan dalam kalangan pengeluar supaya mereka menyertai perjanjian pengurangan bekalan minyak.

Pengeluaran daripada 11 anggota OPEC adalah kira-kira 29.840 juta tong pada bulan Jun, menurut sumber sekunder.

Ini bermakna pematuhan pada bulan Jun adalah 97 peratus, menurut pengiraan OPEC.

Angka itu lebih rendah daripada bulan Mei memandangkan data yang dikeluarkan oleh OPEC pada bulan itu menunjukkan pematuhan melebihi 100 peratus.

Laporan yang akan dikeluarkan pada hari Rabu juga dijangka menunjukkan pengeluaran Arab Saudi meningkat kepada 10.07 juta tong sehari pada bulan Jun, menurut sumber industri, lebih tinggi berbanding 9.88 juta tong pada bulan Mei.

Peningkatan oleh Arab Saudi itu melebihi sedikit daripada sasaran OPEC sebanyak 10.058 juta tong sehari bagi bulan pertama tahun ini meskipun purata pada tahun ini, pengeluaran kekal di bawah sasaran, kata sumber OPEC. – MalaysiaGazette