Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Digital @ KL2017 sempena Temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JULAI 2017.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan beliau sudah mempunyai angka sasaran pingat emas untuk kontijen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Namun beliau hanya menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Saya sudah bertemu dengan semua persatuan sukan baru-baru ini dan mereka sudah membentangkan sasaran pingat mereka.

“Jadi saya sudah ada angka sasaran pingat emas dan apabila tiba waktu yang sesuai, saya akan umumkan nanti,” katanya.

Mengulas pencabar terkuat dari negara jiran, Thailand yang meletakkan sasaran 100 pingat emas, Khairy berkata, sasaran itu sepatutnya menjadi motivasi kepada kontijen negara untuk meraih lebih banyak pingat emas pada temasya berprestij di rantau Asia Tenggara itu.

Sebelum ini, pemerhati sukan berpendapat Malaysia  pelru meletakka 115 pingat emas jika berhasrat muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ini kerana sasaran pingat emas di bawah 110 pingat tidak cukup untuk membantu Malaysia mengatasi Thailand. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast