HIDALGO – Sekumpulan lelaki bertopeng pecah masuk pesta ulang tahun kanak-kanak di bandar Mexico, Tizayuca, membunuh 11 orang.
Polis berkata, mereka menemui tiga kanak-kanak yang hidup di tempat kejadian tetapi kesemua 11 orang dewasa di parti itu ditembak mati.
Ia telah berlaku di sebuah khemah yang dibina oleh tuan rumah di luar rumah mereka di kawasan perumahan.
Mexico baru-baru ini melihat lonjakan keganasan yang dikaitkan dengan pertikaian antara kartel dadah.
Pada bulan Mei, sejumlah 2,186 otang terbunuh, sekurang-kurang 70 orang mati sehari.
Trend pembunuhan sejak kebelakangan ini membabitkan keseluruhan keluarga termasuk kanak-kanak. – MalaysiaGazette