Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana, St Maarten, yang terletak di berhampiran pantai popular Carribean. foto Agensi

SAINT MARTIN – Seorang pelancong terbunuh disebabkan oleh pusaran angin pergerakan enjin sebuah pesawat yang hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana, St Maarten.

Ia merupakan kematian pertama disebabkan pusaran angin pesawat seumpamanya di lapangan terbang itu.

Ia berlaku kira-kira pukul 6 petang di Jalan Beacon Hill, dekat dengan landasan lapangan terbang.

Wanita itu berusia 57 tahun dari New Zealand itu dikatakan berdiri di pagar yang memisahkan landasan dengan pantai, mengakibatkan ledakan pusaran angin kuat dari pesawat mencederakan kepala mangsa, kata Forbes.

Dia dibawa ke hospital tetapi mati sejurus selepas tiba di sana.

Pengarah pelancongan Pulau St Maarten, Rolando Brison memberitahu New Zealand Herald, pihaknya telah menemui keluarga mangsa.

“Saya bertemu dengan keluarga mangsa dan mereka mengakui tindakan mereka salah kerana papan tanda jelas menunjukkan bahaya,” kata Brison sambil mengucapkan simpati kepada keluarga berkenaan dan akan terus menyiasat insiden itu.

Lapangan terbang itu terkenal kerana landasannya terletak di sebelah pantai peranginan popular, membolehkan para pelancong melihat secara dekat pesawat berlepas dan mendarat.

Ia juga dikenali sebagai lapangan terbang sangat bahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast