TEL AVIV – Israel dilaporkan cuba memujuk Arab Saudi bagi membenarkan jemaah haji negara itu terbang secara terus, menerusi penerbangan khas, untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Sehingga kini tidak terdapat penerbangan terus antara kedua-dua negara, dengan warga Israel beragama Islam terpaksa mengembara sejauh 1,000 batu (1,609 kilometer) melintasi sungai Jordan dan padang pasir Arab Saudi untuk ke Mekah.

Bloomberg melaporkan, Menteri Komunikasi Israel, Ayoob Kara dilaporkan berkata, negara itu berharap warganya boleh terbang ke Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv.

Penerbangan terus merupakan isu sensitif berikutan ketidak sepakatan yang berlarutan antara kedua-dua buah negara berhubung layanan yang diberikan kepada Palestin.

Petunjuk bahawa penerbangan merupakan sesuatu yang kontroversi dapat dilihat apabila syarikat penerbangan Saudia pada bulan lalu dengan pantas menafikan desas desus di media sosial bahawa salah satu pesawatnya mendarat di Israel.

Bagaimanapun, lawatan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi pada Mei lalu memecahkan memecah kebuntuan mengenai penerbangan antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Realiti telah berubah,” kata Kara kepada Bloomberg dalam satu temubual. “Ini merupakan masa yang baik untuk membuat permohonan dan saya bekerja keras mengenainya,”.

Para pegawai menyatakan bahawa kemudahan untuk jemaah Israel merupakan salah satu daripada beberapa langkah yang disasarkan untuk kuasa Israel bagi memberi kelonggaran pada rundingan dengan Palestin.

Langkah berpotensi lain mungkin melibatkan penarikan balik sekatan perdagangan, menambah baik hubungan telekomunikasi dan membenarkan syarikat penerbangan Israel menggunakan ruang udara negara Teluk untuk penerbangan ke Asia.

Kira-kira 6,000 warga Israel keturunan Arab melakukan ibadah haji setiap tahun dengan beberapa ratus dibenarkan terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia di Jordan dan bakinya menggunakan bas pelancong, Kara dipetik berkata.

Beliau berkata, potensi penerbangan dari Tel Aviv mungkin perlu berhenti di Jordan atau negara lain, dengan perbincangan sedang berlangsung untuk Arab Saudi mengeluarkan pasport sementara untuk jemaah dari Israel berbanding bergantung kepada Jordan.

Menteri itu menambah, beliau telah menghubungi para pegawai kerajaan di Arab Saudi, Jordan dan negara lain mengenai rancangan itu dan menerima isyarat bahawa mereka telah ‘sedia untuk melakukannya’ namun ia masih lagi dalam ‘rundingan’ berikutan sensitiviti politik. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast