ZAMBOANGA CITY – Pasukan polis dan tentera menahan seorang anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang disyaki terlibat dengan penculikan 21 orang, kebanyakannya warga asing, di sebuah pusat perangian di Malaysia 17 tahun lalu.
Ketua Polis Zamboanga City, Diomarie Albarico berkata, Abdulmubin Salahuddin yang merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah ditahan pada pukul 10.45 malam Khamis lalu di Sitio Callejon, Barangay Guiwan, Zamboanga City.
Sebuah beg selendang yang mengamdungi bom tangan turut dirampas daripada lelaki tersebut.
Albarico berkata, berdasarkan siasatan, Salahuddin terlibat dalam penculikan 10 warga Eropah dan 11 warga Asia pada 23 April 2000 di pusat peranginan di Sipadan Malaysia.
Insiden tersebut merupakan aktiviti penculikan pertama yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf di luar Filipina.
Mereka membawa tebusan itu ke Sulu dan dibebaskan secara berperingkat susulan daripada wang tebusan yang dibayar.
Albarico berkata, Salahuddin dipercayai membekalkan senjata api dan peluru kepada kumpulan Abu Sayyaf yang berpengkalan di Sulu.
Beliau berkata, Salahuddin berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah agensi tempatan sejak suspek mendapat lesen dan dokumen yang bersesuaian.
Salahuddin yang menafikan menjadi anggota kumpulan Abu Sayyaf berkata, dia tidak mempunyai rekod buruk. – MalaysiaGazette