ENGLAND – Bintang prolifik Manchester United, Henrikh Mkhitaryan gembira pasukannya kembali ke tempat asalnya, iaitu kancah Liga Juara-Juara Eropah musim 2017-18.
Penyerang tengah antarabangsa Armenia itu menyatakan kebangkitan the Red Devils dibawah kendalian bijaksana Pengurus Jose Mourinho membuktikan ia masih berbisa.
Pemain berusia 28 tahun itu juga menyifatkan pentas Eropah akan kembali ceria berikutan bakal kemunculan Man United dalam aksi liga juara kali ini.
“Saya gembira kembali ke pentas Eropah bersama kelab baharu saya (Manchester United).
“Kami bekerja keras untuk menang Piala Liga Europa dan kini berjaya kembali ke pentas asal (liga juara).
“Kami pasukan yang memiliki DNA Liga Juara-Juara, Manchester United adalah Liga Juara dan Liga Juara-JUara adalah Manchester United,” katanya kepada sebuah media luar negara.
Sejak berhijrah ke Old Trafford dengan nilai £26 juta dari Borussia Dortmund, Mkhitaryan telah beraksi cemerlang dan menjadi pilihan Jose Mourinho.
Mkhitaryan membantu Manchester United menjulang Piala Liga Europa dengan menewaskan Ajax 2-0 pada aksi final di Stokholm, Belanda. – MalaysiaGazette