NEW YORK – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas kenaikan inventori mentah Amerika Syarikat dan bekalan tinggi berterusan oleh pengeluar OPEC menghidupkan kebimbangan mengenai bekalan bahan api yang tidak terjual.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa diniagakan AS$48.73 setong pada 0128 GMT, turun AS$0.11 sen atau 0.2 peratus berbanding hari penutup.
Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$46.28 setong, turun AS$0.12 sen atau 0.3 peratus.
Stok minyak mentah Amerika Syarikat naik minggu lalu, menambah kepada 1.6 juta barel pada minggu ini hingga 14 Julai hingga 497.2 juta tong, menurut Institut Petroleum Amerika.
Di luar Amerika Syarikat, bekalan dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) kekal tinggi, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan pengeluaran dari Nigeria dan Libya.
“Nigeria dan Libya telah membuat kemajuan signifikan dalam membaik pulih bekalan minyak mereka.Pengeluaran di Libya kini dilaporkan berada pada atau lebih dari 1 juta tong sehari manakala jadual kemasukan Ogos untuk Nigeria telah meningkat kepada lebih dari 2 juta tong sehari.
“Peningkatan bekalan minyak mentah dari Nigeria dan Libya pada bulan Jun berbanding paras pengeluaran rujukan bulan Oktober 2016 akan datang secara purata kepada 450,000 tong setiap hari Ini hampir 40 peratus daripada 1.25 juta tong sehari dipotong oleh 10 anggota OPEC yang terlibat dalam sekatan bekalan,” kata BNP Paribas.
Nigeria dan Libya dikecualikan daripada perjanjian pengurangkan OPEC yang membabitkan 1.8 juta tong sehari antara Januari hingga Mac 2018. – MalaysiaGazette