Allahyarham Ishak Ismail

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail yang meninggal dunia malam tadi.

“Innalillah. Terima berita ADUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah & takziah kepada keluarga,” katanya menerusi catatan di laman Twitter, pagi ini.

Ishak meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah pada kira-kira 11.25 malam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai, Seremban.

Ishak, yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat anak.

Beliau merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast