LONDON – Penjaga gol England, Joe Hart terus menjadi pinjaman pada musim baharu Liga Perdana Inggeris selepas melengkapkan perpindahan ke West Ham dari Manchester City.
Menurut kenyataan rasmi kelab itu, Hart mempunyai pilihan untuk menjadikan perpindahannya secara kekal hingga penghujung 2017-2018.
Hart berada di bawah kontrak sehingga 2019 di City selepas tiba dari Shrewsbury Town pada 2006.
Namun pemain berusia 30 tahun itu mengalami kemerosotan prestasi mendadak dalam pasukan utama sejak ketibaan Pep Guardiola sebagai pengurus di Stadium Etihad tahun lalu.
Musim lalu, dia dipinjam ke Serie A untuk menyertai Torino.
Hart berkata kepada West Ham TV, adalah penting untuk dirinya bermain bola sepak.
“Peluang untuk datang ke sini dan bermain sangat hebat. Bermain dalam Liga Perdana untuk kelab besar seperti West Ham, saya benar-benat tidak sabar,” katanya. – MalaysiaGazette