LOS ANGELES – Penyanyi utama Linkin Park, Chester Bennington telah meninggal dunia berusia 41 tahun.
Koroner itu berkata, Bennington dipercayai menggantung diri.
Mayat penyanyi itu dijumpai di sebuah rumah persendirian pada pukul 9 waktu tempatan (17:00 GMT) pada hari Khamis.
Band yang ditubuhkan pada tahun 1996, Linkin Park telah menjual lebih daripada 70 juta album di seluruh dunia dan memenangi dua Anugerah Grammy.
Popular dengan lagu Faint, In The End dan Crawling, kumpulan ini pernah bekerjasama dengan rapper Jay-Z.
Album Meteora pernah berada pada kedudukan teratas carta Billboard 200 pada tahun 2003 dan merupakan rekod terbesar bagi kumpulan Indie.
Meskipun pesona suara Bennington disifatkan sebagai marah dan kasar tetapi secara peribadi beliau seorang yang mesra dan kelakar.
Bennington meninggalkan seorang isteri dan enam anak daripada dua perkahwinannya.
Mendiang dikatakan pernah bergelut dengan alkohol dan penyalahgunaan dadah dan sering bercakap tentang sejarah lampaunya yang menjadi mangsa penderaan semasa zaman kanak-kanak. – MalaysiaGazette