Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan meletakkan harapan tinggi kepada Stadium Nasional Bukit Jalil agar dapat merangkul anugerah dalam Fertival Senibina Dunia 2017 di Arena Berlin, Jerman pada 15 November ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin menyatakan keterujaan setelah stadium nasional negara ini dicalonkan dalam 17 projek dan bakal bersaing dengan beberapa stadium – stadium terbaik dunia.

“Ini satu pengiktirafan besar kepada bandar Sukan KL apabila dicalonkan antara 17 projek yang disenarai pendek untuk anugerah berprestij daripada lebih 100 penyertaan yang dihantar.

“Saya gembira dan harap dapat menang anugerah tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan produk edisi terhad Sukan SEA KL 2017 di Petronas Lebuh Raya KL Seremban di Sungai Besi pagi tadi bersama dua penaja platinum temasya ke-29 kali ini iaitu Petronas dan TM.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab besar untuk kerajaan menjaga dan memelihara seni bina dan kualiti stadium selepas tamat sukan SEA nanti.

“Ia bukan senang lagi pun kita ada fasa kedua untuk diselesaikan selepas KL 2017 yang mungkin mengambil masa antara setahun setengah atau dua tahun.

“Adalah menjadi misi untuk menjadikan kawasan ini sebagai bandar sukan KL,” ujarnya.

Bangunan ikonik Malaysia itu yang disenaraikan menerusi kategori ‘Bangunan Baharu dan Lama’ akan bersaing dengan bangunan terpilih di serata dunia seperti Fearon Hay Architects, Kauri Timber Building, Auckland, New Zealand dan Ntsika Architects, Esselen Clinic, Johannesburg, Afrika Selatan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast