Alvaro Morata

LONDON – Bakal pemain Chelsea, Alvaro Morata mendedahkan dia menyertai The Blues kerana pengrus, Antonio Conte.

Morata akan muncul sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak kelab Sepanyol apabila memilih untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Kelab itu dilaporkan bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid bagi yuran perpindahan bernilai 70 juta pound (RM389 juta).

“Saya telah membuat keputusan untuk datang kelab yang memiliki kepercayaan dari seorang jurulatih.

“Saya telah melalui pelbagai peristiwa dan akhirnya, saya akan bersama dengan sebuah kelab hebat yang telah inginkan saya sejak beberapa tahun sebelum ini.

“Memang berat untuk tinggalkan Real Madrid, tetapi saya berharap semuanya akan lancar apabila bersama Chelsea nanti,” ujar Morata ketika ditemuramah oleh media Amerika Syarikat.

Morata sebelum ini menjadi buruan Manchester United namun selepas menandatangani Romelu Lukaku dari Everton, pengurus Jose Mourinho mengakui jumlah perpindahan tinggi yang diletakkan oleh Real menemui jalan buntu.

Morata,24, bakal mencipta rekod perpindahan dengan bayaran awal 58 juta pound sebelum tambahan-tambahan lain.

 Berdasarkan laporan media, pemain itu bakal mengikat kontrak selama lima tahun yang dianggarkan berjumlah 7.9 juta pound setahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast