BEIJING – Justin Bieber tidak dibenarkan membuat persembahan di China kerana mempunyai “perangai buruk”, kata pihak berkuasa Beijing.

Sebelum itu, penyanyi pop terkenal menimbulkan kemarahan penduduk China pada tahun 2014 apabila melawat kuil peperangan Jepun.

Biro Kebudayaan Perbandaran Beijing berkata, penyanyi berusia 23 tahun itu perlu melakukan banyak perkara sebelum boleh kembali beraksi.

Kenyataan tersebut dibuat selepas “Beliebers” meninggalkan komen pada laman web agensi berkenaan, bila Justin dibenarkan kembali beraksi di Beijing.

Katanya, adalah tidak elok untuk memperkenalkan perangai buruk di dalam seni persembahan sambil menasihatkan penyanyi tersebut supaya meninggalkan perangai lamanya dan terus berubah.

Biro Kebudayaan Beijing itu bagaimanapun tidak menyebut secara langsung mengenai lawatan Bieber ke Kuil Yasukuni Tokyo yang dibina untuk memberi penghormatan kepada rakyat Jepun yang terkorban dalam peperangan termasuk yang menjadi mangsa jenayah perang Dunia Kedua pada tahun 2014.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast