Peneroka-peneroka FELDA bertepuk tangan semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 JULAI 2017.

PUTRAJAYA – Warga Felda perlu berdiri teguh mempertahankan kerajaan sedia ada demi kelangsungan hidup warga itu pada masa akan datang, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib dalam ucapan sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 mengingatkan warga Felda agar menjadi benteng pertahanan kerajaan bagi memastikan Putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

“Tanpa masyarakat Felda tak mungkin Putrajaya milik kerajaan, sebab itu kita ingatkan setiap dari kita perlu mempertahankan kerajaan hari ini. Tanpa kerajaan siapa warga Felda hari ini,” katanya hari ini.

Bercakap di hadapan lebih 25,000 warga Felda, Najib berkata, langkah itu penting bagi menjamin masa depan golongan pelapis Felda yang akan mewarisi tanah daripada ibu bapa mereka kelak.

“Kepimpinan negara telah membangunkan warga Felda dan komuniti Felda. Selama 61 tahun kerajaan telah ubah untung nasib menjadi masyarakat yang berjaya.

“Sebab itu sambutan hari ini kita buat di Putrajaya, sebab kewujudan Putrajaya ini, setiap warga Felda ada hak dan saham mereka sendiri di sini,” katanya.

Turut hadir, Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast