Jerman- Seorang remaja Jerman yang menyertai Islamic State yang ditahan di Iraq berkata dia menyesal menyertai kumpulan jihad itu dan mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Majalah Der Spiegel melaporkan, empat wanita Jerman termasuk seorang gadis berusia 16 tahun menyertai Islamic State sejak beberapa tahun lalu ditahan di penjara Ieaq dan menerima bantuan kaunseling.
Pendakwaraya Awam Kanan, Lorenz Haase mengesahkan remaja yang dikenali sebagai Linda W itu telah ditemui dan dikenal pasti di Iraq dan sedang menerima bantuan kauseling bagaimanapun enggan mendedahkan keadaan sebenar di sana.
Media Jerman yang menemubual Linda berkata, gadis itu memberitahu mereka yang dia mahu pulang.
“Saya mahu keluar dari sini. Saya mahu keluar dari perang kerana terlalu banyak senjata dan di sini sangat bising.
“Saya hanya mahu pulang ke pangkuan keluarga,” kata gadis tersebut.
Media melaporkan remaja itu sangat menyesal menyertai IS mahu diekstradisi ke Jerman dan mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa.-MalaysiaGazette