Home Ekonomi Jualan kenderaan Jun merosot – MAA

Jualan kenderaan Jun merosot – MAA

Gambar hiasan

KUALA LUMUR – Jumlah jualan kenderaan pada Jun 2017 turun kepada 50,275 unit daripada 57,362 unit yang dijual dalam bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Kuantiti jualan pada Jun 2017 susut sebanyak 12 peratus, atau 7,087 unit, berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas disebabkan oleh bulan bekerja pendek ekoran cuti Hari Raya, kata persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi kenderaan penumpang, jualan pada Jun susut kepada 45,339 unit berbanding 50,978 unit.

“Jualan kenderaan perdagangan turun kepada 4,936 unit daripada 6,384,” kata MAA.

Bagaimanapun, keseluruhan jumlah jualan kenderaan setakat ini bagi tahun ini tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata persatuan itu.

Mengenai prospek masa depan, MAA berkata kuantiti jualan bagi Julai 2017 dijangka kekal pada paras yang sama seperti Jun disebabkan kelewatan yang dijangkakan dalam proses pendaftaran kenderaan memandangkan ketidakpastian tentang liberalisasi insurans motor dari Julai 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast