Home Ekonomi Harga minyak mentah naik lebih 1%

Harga minyak mentah naik lebih 1%

NEW YORK – Harga minyak mentah glonal naik lebih daripada 1.0 peratus selepas Arab Saudi berjanji untuk memotong eksport pada bulan Ogos bagi membantu mengurangkan lebihan minyak mentah global dan peningkatan penggerudian minyak syal Amerika Syarikat diramal reda tahun depan, kata pengerusi eksekutif Halliburton Co.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata, negaranya akan mengehadkan eksport minyak mentah pada 6.6 juta tong sehari pada bulan Ogos, hampir satu juta tong di bawah paras setahun yang lalu.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak juga memberitahu pemberita bahawa tambahan 200,000 tong sehari boleh dikeluarkan daripada pasaran jika pematuhan perjanjian global dikuatkuasakan sepenuhnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$0. 54 sen atau 1.1 peratus kepada AS$48.60 setong. Hadapan minyak mentah West Texas Intermediate. (WTI) bertambah AS$0. 57 atau kira-kira 1.3 peratus kepada AS$46.34 setong.

Menteri-menteri tenaga Arab Saudi dan Rusia berada di St Petersburg untuk perhimpunan di mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain.

Menteri-Menteri membincangkan perjanjian sebelum ini untuk mengurangkan pengeluaran 1.8 juta tong sehari dari Januari 2017 hingga Mac 2018.

Falih berkata, OPEC dan rakan-rakan bukan OPEC komited untuk mengurangkan bekalan lebih lama jika perlu tetapi akan menuntut negara-negara bukan OPEC turut mematuhi perjanjian tersebut.

Ahli-ahli OPEC iaitu Nigeria dan Libya telah dikecualikan daripada potongan pengeluaran dan pemerhati pasaran kekal bimbang bahawa pengeluaran dari kedua-dua negara itu tidak dapat mengimbangi kesan pengurangan global.

Tidak ada perbincangan tentang pengurangan pengeluaran yang lebih mendalam dan Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo berkata, Nigeria tidak berniat untuk melampaui sasaran pengeluarannya sebanyak 1.8 juta tong.

Pengeluaran minyak Libya telah mencapai 1.069 juta tong sehari, kata sumber minyak Libya.

Tidak ada perbincangan tentang pengurangan bekalan yang lebih ketara dan Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo berkat,a Nigeria tidak berniat untuk melampaui sasaran pengeluarannya sebanyak 1.8 juta sehari,

Pengeluaran minyak Libya telah mencapai 1.069 juta tong sehari, kata sumber minyak Libya.

Di Amerika Syarikat, bilangan pelantar minyak adalah sehingga 764 pada minggu terakhir berbanding 371setahun yang lalu.

Pengerusi eksekutif syarikat perkhidmatan tenaga Halliburton menjangkakan pelantar minyak Amerika Syarikat melepasi 1,000 menjelang akhir tahun, tetapi kira-kira 800 hingga 900 pelantar adalah lebih mampan dalam jangka sederhana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast