Home Ekonomi Rizab Persekutuan kekalkan kadar faedah

Rizab Persekutuan kekalkan kadar faedah

Rizab Persekutuan, Amerika Syarikat. Foto Reuters

NEW YORK – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dan berkata akan mula mengurangkan pegangan bon-bonnya tidak lama lagi – menandakan keyakinan terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Bank Pusat Amerika Syarikat itu mengekalkan penanda aras kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak 1.00 peratus kepada 1.25 peratus, seperti yang dijangkakan.

Menurutnya, ekonomi negara itu berada di landasan yang betul untuk meneruskan laluan perlahan kawalan monetari selepas menaikkan kadar mata peratusan sejak 2015.

Dalam kenyataan selepas dua hari mengadakan mesyuarat polisi, Bank Pusat itu berkata, ekonomi sedang berkembang dengan sederhana dan peningkatan pekerjaan semakin kukuh.

“Jawatankuasa menjangkakan mula melaksanakan program normalisasi imbangan kira-kira tidak lama lagi,” katanya sambil menambah bahawa ia akan mengikuti rancangan yang digariskan pada bulan Jun untuk mengurangkan pemegangan bon Perbendaharaan dan sekuriti yang menyokong gadai janji.

Harga saham Amerika Syarikat meningkat selepas kenyataan dasar monetari itu diumumkan manakala hasil hutang kerajaan Amerika Syarikat jatuh.

Dolar pula jatuh berbanding sekumpulan mata wang.

Selepas menaikkan kadar hampir kepada sifar untuk melawan krisis kewangan dan kemelesetan 2007-2009, Rizab Persekutuan menyuntik lebih AS$3 trilion ke dalam ekonomi melalui pembelian bon untuk mengurangkan kadar.

Imbangan kira-kiranya telah meningkat kepada AS$4.5 trilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast