Foto Instagram Dr Sheikh Muszaphar

KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi gambar terbaharu anak kembarnya yang dilahirkan semalam yang juga merupakan ulangtahunnya ke-45.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sheikh Muszaphar yang memiliki dua anak perempuan sebelum ini melahirkan rasa teruja kerana anak yang dilahirkan merupakan kembar seiras.

“Cuba untuk menjalinkan ikatan dengan si kembar. Ia sungguh mempesonakan saya melihat bagaimana wajah mereka sangat seiras.

“Saya benar-benar menikmati setiap saat bergelar bapa,” tulisnya.

Setakat ini, gambar tersebut sudah menerima 14,000 tanda suka dan 400 komen.

Semalam, Sheikh Muszaphar bukan sahaja menyambut berita gembira dengan kehadiran cahaya mata kembar, malah turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kedua-dua bayinya itu.

Beliau dan isterinya Dr. Halina Mohd. Yunos menyambut kelahiran bayi mereka dengan kegembiraan berganda dan mengumumkan mengenai perkara itu di laman Facebook.

“Terima kasih kepada semua yang mengucapkan ucapan hari jadi. Alhamdulillah…si kembar juga mahu keluar hari ini. Kami dirahmati dengan dua bayi lelaki yang lahir hari ini (Khamis) pada pukul 10.05 pagi yang berbeza beberapa minit sahaja,” tulisnya pada posting itu.

Tambah beliau, anak perempuannya Sophea Isabella dan Sophea Natasha juga teruja dengan berita tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast