LONDON – Mick Jagger mengeluarkan sebuah lagu baharu bertajuk “England Lost” yang menggambarkan pencarian jiwa Britain sejak ia meningalkan Kesatuan Eropah yang disifatkan bintang rock lagenda itu sebagai “sesuatu yang sukar di dalam sejarah kita”.
Lagu yang dikeluarkan pada Khamis hasil kolaborasi dengan artis Skepta itu ditulis pada asalnya selepas menyaksikan kekalahan pasukan bola sepak England.
“Tetapi semasa saya menulis tajuk tersebut, saya tahu ia lebih daripada itu (kekalahan pasukan bola sepak).
“Ia adalah satu perasaan yang sangat sukar dalam sejarah kita,” kata barisan hadapan Rolling Stones itu dalam satu temubual dengan Apple Music.
Lagu itu mengenai ketidaktentuan mengenai masa hadapan dan perasaan tidak selamat, katanya sambil menyanyikan lagu berkenaan secara blues.
“Saya mahu mencari England, tetapi ia tiada di situ. Saya fikir saya sudah kehilangannya,” nyanyi Jagger.
Referendum Brexit tahun lepas menyebabkan negara tersebut terbahagi dua selepas kempen-kempen retorik yang kasar menyentuh mengenai pendatang. – MalaysiaGazette