KUALA LUMPUR – Sebuah lagi naskhah novel dipersembahkan dalam layar lebar filem.
Kali ini, karya nukilan Nia Azalea berjudul Kau Yang Satu direalisasikan oleh Global Station Sdn. Bhd.
Filem ini diarahkan pengarah tidak asing lagi Osman Ali yang pernah mencipta kejayaan luar biasa melalui filem Ombak Rindu.
Ironiknya, filem Ombak Rindu juga adalah karya novel tulisan Fauziah Ashari.
Kalau anda menonton filem ini, anda pasti akan terbuai sebagaimana anda terbuai dalam filem Ombak Rindu dan juga Langit Cinta.
Osman masih memainkan shot yang mendamaikan dengan menggunakan keindahan laut sebagai tarikan dan diselangi muzik latar yang mengasyikan.
Osman yang ditemui selepas pra tonton filem itu menjelaskan, dia sengaja mencipta persamaan itu kerana mahu penonton mengenali hasil buah tangannya.
Bagaimanapun naskah yang diangkat kali ini terlalu biasa iaitu kisah suami dan isteri yang berkahwin tanpa cinta.
Namun, bukan isu klise yang perlu dikisahkan sebaliknya persembahan Osman kali ini agak kurang kemas.
Kau Yang Satu tidak kemas daripada segi penceritaan dan naskhah klise garapan Osman Ali.- MalaysiaGazette