KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan sebanyak 16 lagi syarikat dan laman sesawang yang dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan dibawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Senarai itu ialah Carbon Cash Bhd, GTGVIP, SMCI Corporation, SVD Malaysia, Kembara Jutawan, Crypto, FBS Malaysia dan IGOFX.

Selain itu Classic FX Venture, Forexnova, Global Tijari Holdings Berhad, Global Tijari Industries Sdn Bhd, PTM4U, MyHowk Ling, CG international, Sanabil Investment dan FXBitlab Holdings Sdn Bhd.

Menurut Bank Pusat, senarai itu tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima olehnya.

Dengan 16 syarikat berkenaan, setakat ini sebanyak 350 entiti telah dimasukkan dalam senarai berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast