Felda Investment Coproration

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu kepada bekas pengerusi Felda telah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tangkapan itu telah dibuat dan akan direman petang ini.

“Beliau adalah pegawai khas kepada bekas pengerusi,” katanya. – MalaysiaGazette

Pagi tadi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Perintah reman sehingga 4 Ogos bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Individu yang berumur 46 tahun itu kini merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast