KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu akidah Marina Mahathir disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) gara-gara pandangannya terhadap LGBT.
Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor menegaskan, anak kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat semakin terpesong kerana dilihat menyokong aktiviti songsang itu di negara ini.
“Kita minta JAWI tangkap dan siasat Marina Mahathir kerana sokongannya terhadap LGBT Yang bertentangan dengan akidah sebagai seorang Islam.
“JAWI perlu membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 4 dan 5 Undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan yang khusus tentang akidah,” katanya ketika ditemui di Pejabat JAWI disini hari ini.
Faizan hari ini membuat laporan kepada JAWI berkaitan Marina dan ia diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam JAWI, Nadia Zammil.
Dalam laporan berkenaan, Marina didakwa menyokong status seorang pengguna Twitter berhubung isu LGBT.
“Kalau iktiraf pasangan LGBT kan bagus, boleh adopt (ambil anak angkat) anak-anak dibuang straight couple (pasangan normal) ni,” komen @mrymler di Twitter.
Status itu menerima ‘like’ daripada Marina Mahathir.
Justeru, JMM mempersoalkan tindakan itu yang jelas satu kenyataan seolah-olah menyokong pergerakan itu.
“Seksualiti Merdeka dan iktiraf lesbian, gay, biseksual, dan transeksual. Jadi kita risau akan perkembangan ini. Jadi sampai peringkat ini JMM hantar hantar laporan kepada JAWI supaya panggil dan siasat.
“Kita tidak suka jangan ‘like’, kita tahu Marina Mahathir ini ibu kepada LGBT, malah Sisters in Islam pun dia jadi pengerusi. Jadi bila dia sudah nyatakan bahawa iktiraf pasangan LGBT dan kita tahu dia menyokong.
“Marina ada niat nak rendahkan agama islam seperti mana yang kita tahu Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dimana Islam adalah agama rasmi,” katanya. – MalaysiaGazette.