Sesi fotografi bersama Penyanyi, Naim Zamri di Studio MalaysiaGazzete, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu, Naim Zamri tidak terlalu bersandarkan rupa paras kacak untuk meraih populariti dalam dunia seni.

Sebaliknya Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Zamri mahu menghadiri lebih banyak menyertai kelas vokal bagi memantapkan mutu nyanyiannya.

“Tidak dinafikan popular itu penting, tapi kalau nak harap muka saja ‘jambu’ pun tak bagus juga.

“Jadi saya sanggup berulang alik dari Shah Alam ke Ampang untuk menyertai kelas bagi memantapkan lagi mutu vokal saya bersama guru vokal, Aesar Mustafa.

“Kadang kala bakat memang dah ada, tetapi perlu digilap lagi untuk menonjolkan kualiti yang lebih baik,” katanya yang baru berusia 20 tahun.

Naim sebelum ini merupakan juara Mr. Raya pada Ramadan lalu dan dia kini menjadi artis naungan di bawah Aesar Mustafa Studio.

Dia juga memiliki pengalaman sebagai model sambilan.

Naim Zamri

Dalam pada itu, anak pertama daripada empat beradik itu sanggup membuang sikap malu dengan menyertai kelas nyanyian demi menimba ilmu.

Naim juga menyangkal dakwaan dia akan menggunakan rupa jambunya semata-mata untuk memikat hati peminat terutama golongan remaja.

Namun jelasnya dengan kebanjiran ramai muka-muka baru yang tidak kurang hebat, kehadirannya dalam industri ini bukan untuk mencabar sesiapa.

“Saya tidak pernah anggap kehadiran saya sebagai penyanyi untuk mencabar atau tercabar dengan sesiapa.

“Apapun yang terjadi pokok pangkalnya saya kena balik kepada niat asal iaitu kerana minat,” katanya yang juga penuntut diploma di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Memegang prinsip tidak harap muka, kata Naim, semua itu bukan kunci untuknya berjaya dalam bidang ini.

“Saya masih lagi belajar untuk jadi penyanyi yang baik. Saya tetap terima apa jua tawaran persembahan walaupun sekadar token kerana inilah masanya untuk saya belajar selok belok dunia seni dengan orang lain.

“Yang membezakan kita adalah rezeki. Muka bukan sandaran kerana akhirnya orang tetap akan memandang pada produk yang kita hasilkan.

“Prinsip saya, setiap pekerjaan yang dibuat perlulah ada matlamat dan dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Hasilnya pasti terbaik,” katanya yang mahu berusaha lebih jika ingin berjaya.

Enggan juga lupa diri disebabkan bakal larut dengan kemasyhuran dunia artuis, Naim semakin yakin dengan keputusan dibuat menceburi bidang nyanyian.

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini juga bertegas untuk tidak bersandar kepada gosip bagi menjamin dirinya terus kekal berada dalam paksi anak seni sejati.

Sebaliknya Naim menegaskan dia mahu karismanya sebagai anak seni itu dikekalkan dengan cara tersendiri tanpa populariti berlebih-lebihan.

“Pendapat saya, lebih baik artis baharu seperti saya sentiasa mengemaskini dan menguar-uarkan projek terkini di laman sosial kepada khalayak. Kalau tak, siapa hendak tahu aktivi seni mereka.

“Saya tidak menyalahkan gosip tetapi golongan seperti saya perlulah tahu jenis gosip yang macam mana perlu dikongsi dengan khalayak.

“Kalau setakat menjaja kisah peribadi, bercinta dengan artis tertentu atau skandal dengan golongan kenamaan, baik tak payah,” tegas Naim berhubung prinsip diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Euw fuckboy seremban. He don’t deserve to be a singer at all. His voice sucks and attention seeker. What a fake report u make

Comments are closed.