SIBERIA – Memancing sambil tidak berbaju merupakan imej pemimpin yang jarang dilihat kepada presiden sesebuah negara.
Baru-baru ini, Presiden Russia, Vladimir Putin lari daripada kebiasannya ketika bercuti di Tuva.
Susuk berusia 64 tahun itu, menurut laporan Mail Online, bercuti di kawasan pergunungan ditemani Menteri Pertahanannya, Sergei Shoigu.
Bagaimanapun imej santai Putin itu ditafsirkan penganalisis politik sebagai tanda beliau masih sihat, kuat dan bertenaga menerajui Rusia.
Selain itu, beliau membawa mesej kepada rakyat negaranya supaya melancong dalam negara sendiri daripada pergi ke luar negara.
Menurut agensi berita Russia Beyond, selain berjalan kaki, Putin gemar memancing.
Bagaimanapun, semasa bercuti, beliau ‘terpaksa’ mendengar taklimat Shoigu mengenai kemalangan yang berlaku di lombong di Alrosa yang menyebabkan 130 orang terperangkap akibat banjir kilat.- MalaysiaGazette
ada hantu bungkus dalam sungai tu.