Home Sukan Demak Motor anjur Liga Fantasi

Demak Motor anjur Liga Fantasi

KUALA LUMPUR – Menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris yang akan bermula tidak lama lagi, Demak Motor bakal menganjurkan Demak Fantasy Football League yang akan
berlangsung selama sepanjang musim liga bola sepak Inggeris tersebut.

Sepanjang liga Inggeris itu berlangsung, Demak akan menawarkan beberapa hadiah
menarik untuk pemenang bulanan dan juga pemenang utama yang akan diumumkan
selepas musim 2017/18 berakhir.

Bagi hadiah bulanan, Demak akan menyediakan topi keledar edisi khas bernilai RM250
sebuah manakala bagi pemenang utama yang akan diumumkan pada penghujung
musim liga tersebut ialah sebuah motosikal Demak Eco 110 edisi khas Liga Perdana
Inggeris bernilai hampir RM5,000.

Pengurus Pemasaran Kumpulan DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Adam Kasim berkata,
Liga fantasi yang pertama kali dianjurkan itu adalah untuk menyokong peminat-
peminat bola sepak tanah air yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan
antarabangsa.

“Kami menyediakan hadiah berjumlah hampir RM10,000 bagi sepanjang musim Liga
Inggeris 2017/18 berjalan dan berharap penganjuran kali pertama ini dapat menarik
lebih ramai peminat liga bolasepak Inggeris menyertai pertandingan ini sekali gus
memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan,” katanya.

Untuk memudahkan menyertai liga fantasi ini, orang ramai boleh melayari laman web
‘Demak Fantasy Premier League” di alamat http://dfpl.demakmotor.com untuk
mendapatkan kod penyertaan.

Syarat untuk menyertai amat mudah iaitu peserta hanya perlu ‘Like’ dan ‘Share’ laman
Facebook Demak Motor.

Semua penyertaan adalah percuma dan setiap pemenang bulanan akan diumumkan di
dalam laman Facebook Demak Motor. – MalaysiaGazette