ALABAMA – Sebuah keluarga Islam mendakwa McDonald’s sengaja memberi daging babi selepas membeli 14 sandwic Mc Chicken pada Isnin lalu.
Kejadian itu mendorong sebuah organisasi Islam Alabama mendesak satu siasatan dijalankan.
Keluarga itu mendakwa menemui daging babi di dalam sandwic McChicken yang sepatutnya diletakkan daging ayam, roti, mayonis dan salad yang dicincang.
Khaula Hadeed, ketua bahagian Majlis Hubungan Islam Amerika di Alabama memberitahu AL.com insiden itu adalah “perbuatan keagamaan dan ketaksuban etnik yang disengajakan”.
Khaula Hadeed, ketua bahagian Alabama Majlis Hubungan Amerika-Islam, memberitahu AL.com insiden itu adalah “perbuatan keagamaan dan ketaksuban etnik yang disengajakan.”
Orang Islam tidak makan daging babi disebabkan agama.
Salah seorang daripada ahli keluarga itu muntah dua kali selepas melihat daging babi dalam hidangan tersebut, menurut laporan AL.com
Keluarga yang tidak didedahkan identiti mereka itu dilaporkan membeli sandwic itu di Decatur, Ala.,
Pengendali McDonald’s itu menafikan perbuatan itu disengajakan.
“Ini bukan tindakan yang disengajakan oleh pekerja kami. Kami menghargai setiap pelanggan dan berusaha untuk memastikan semua tempahan disediakan dengan tepat,” kata pengendali McDonald’s Rick Walter dalam satu kenyataan, laporan Decatur Daily. – MalaysiaGazette