Sumber: Facebook

KUALA LUMPUR – Dilaporkan fahaman Ateis atau satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan mula menular di negara ini.

Malah kini dikatakan telah mengadakan himpunan pertamanya di ibu negara.

Menurut Facebook, Atheist Republic of Malaysia, satu himpunan terhadap pengamal fahaman itu telah berlangsung dan turut dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

Jika diselidiki, ramai daripada mereka adalah terdiri daripada masyarakat Melayu yang bangga menggelarkan diri mereka sebagai ‘bekas Muslim.

Dipercayai, pegangan ini dibawa ‘Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur’ atau diberi nama ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur’.

Dalam entri gambar yang dimuat naik Jumaat lalu, kelihatan mereka tanpa segan silu menyatakan sokongan kepada himpunan berkenaan.

“Kedutaan Republik Ateis Kuala Lumpur, Malaysia adakan perhimpunan tahunan dan ianya sangat menggemparkan! Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa…setiap mereka berkongsi kisah dan buat ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup! We rock!,” tulis mereka dalam satu gambar di Facebook Atheist Republic of Malaysia.

Pertubuhan ini dipercayai telah diasaskan oleh Armin Navabi, individu kelahiran Tehran, Iran.

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim Liberal, di mana ibu bapanya tidak amalkan Islam dalam ibadah mahu pun kehidupan seharian serta tidak menunaikan solat. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast