epa05910192 (FILE) - An undated photo released on 24 April 2016 by North Korean Central News Agency (KCNA) shows an 'underwater test-fire of strategic submarine ballistic missile' conducted at an undisclosed location in North Korea (reissued 16 April 2017). According to media reports on 16 April 2017 quoting the South Korean military, North Korea conducted a failed missile launch from its east coast, the South Korean military reported. North Koreans celebrated the 'Day of the Sun' festival commemorating the 105th birthday anniversary of former supreme leader Kim Il-sung on 15 April as tensions over nuclear issues rise in the region. EPA/KCNA EDITORIAL USE ONLY

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baharu kepada Korea Utara pada Sabtu yang mampu menyebabkan pendapatan eksport tahunannya sebanyak AS$3 bilion berkurangan susulan dua ujian peluru berpandu balistiknya pada Julai lalu.

Resolusi yang dirangka oleh Amerika Syarikat itu mengharamkan eksport arang batu, besi, bijih timah, dan makanan laut Korea Utara.

Ia turut menghalang negara-negara lain menambah jumlah buruh daripada Korea Utara yang bekerja di seberang laut, mengharamkan usahasama baharu dengan negara berkenaan serta sebarang instrument usahasama pelaburan baharu.

“Kita jangan bodohkan diri sendiri untuk berfikir bahawa kita telah menyelesaikan satu masalah. Tidak.

“Ancaman Korea Utara ini tidak pernah lari dari kita malah ia semakin berkembang dengan pantas dan merbahaya,” kata Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley kepada majlis tersebut.

Tambahnya, langkah seterusnya perlu diambil. Amerika syarikat menurut Nikki akan terus mengambil langkah-langkah defensif yang berhemah untuk melindungi negara berkenaan dan sekutu-sekutunya.

Washington katanya akan meneruskan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan.

Korea Utara sebelum ini menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan meningkatkan ketegangan dengan melakukan ujian ketenteraan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast