TOKYO – Saintis Jepun telah mendapat penyelesaian untuk menghentikan ais krim daripada cair sebelum anda menghabiskannya.
Ais krim itu kekal pada bentuk asalnya pada suhu 28 darjah Selsius selain mengekalkan sejuknya, menurut satu laporan.
Laporan tersebut menyatakan, ekstrak strawberi menghentikan minyak dan air berpisah terlalu cepat, bermakna ais krim ini kekal beku walaupun jika anda mengarahkan pengering rambut kepadanya.
Ia dihasilkan secara tidak sengaja oleh cef pastri yang mahu menghasilkan strawberi dalam bentuk yang aneh.
Para sainstis di Pusat Penyelidikan Pembangunan Bioterapi di Kanazawa, Jepun menggunakan ekstrak strawberi polipenol untuk membangunkan sejenis gula-gula, lollies, yang tidak cair.
“Cecair polipenol mempunyai ciri yang menyukarkan air dan minyak terpisah,” kata Tomihisa Ota, profesor di Kanazawa University yang turut membantu membangunkan gula-gula itu.
“Oleh itu popsicle (ais krim) mampu mengekalkan bentul asal untuk waktu yang lebih lama daripada kebiasaanna dan sukar untuk cair,” katanya.
Ais krim yang hanya dijual di sebahagian Jepun itu mula berada di kedai-kedai di Kanazawa pada April lalu sebelum ia dipasarkan ke Osaka dan Tokyo.
Seorang wartawan Asahi Shimbun mencuba ais krim tersebut pada suhu persekitaran 28 darjah Selsius di Kanazawa.
Beliau mendapati, ais krim itu ‘kekal pada bentul asal, selepas lima minit terdedah pada suhu tersebut.
Menurut Presiden Pusat Penyelidikan Pembangunan Bioterapi, Takeshi Toyoda, ais krim itu kekal ‘seperti sedia kala jika ia didedahkan pada angin panas dari pengering rambut’.
Setakat ini tiada laporan yang menyatakan ais krim itu akan dijual di luar Jepun. – Agensi