SICHUAN – Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban manakala 100 orang lagi dikhuatiri terbunuh berikutan gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang menggegarkan wilayah tenggara China lewat malam semalam, menurut anggaran kerajaan.
Setakat ini tujuh orang terbunuh dan 88 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut, termasuk 21 orang cedera parah, kata agensi berita, Xinhua.
Ia berkata, lima mangsa yang terkorban itu adalan pengunjung kawasan pelancongan.
Akhbat kerajaan, People’s Daily melaporkan sembilan orang terbunuh, termasuk enam pelancong manakala 130 orang tercedera.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Kebangsaan China untuk Bantuan Bencana menganggarkan seramai 100 orang telah terkorban, berdasarkan data bancian 2010 di kawasan pergunungan dengan kependudukan berkepadatan rendah.
Lebih 130,000 rumah mungkin musnah, tambahnya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawangnya, berdasarkan analisis awal kawasan bencana di pedalaman wilayah Sichuan.
Presiden Xi Jinping mengarahkan ‘usaha habis-habisan untuk menyalurkan bantuan dan kerja-kerja menyelamat mereka yang tercedera’, menurut Xinhua. – AFP