WASHINGTON – Serbuan di sebuah rumah bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semasa kempen pilihanraya tahun 2016 menunjukkan terdapat kemungkinan di antara presiden tersebut dengan Rusia.
Menurut sumber siasatan ditingkatkan dan memberi fokus kepada urusan kewangan sekutu-sekutu Trump.
Konsultan dan pelobi berpengalaman, Paul Manafort disiasat terhadap dakwaan pengubahan wang haram.
Jurucakap Manafor, Jason Maloni mengesahkan FBI akan mengeluarkan waran geledah di salah sebuah kediaman Manafort.
“Manafort secara konsisten telah bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang dan beberapa inkuiri serius,” katanya dalam satu emel di sini.
Rumah Manafort di Alexandria berhampiran Washington telah diserbu pada awal pagi 26 Julai, lapor Washington Post.
Sebelumnya, Manafort telah bertemu dengan kakitangan Jawatankuasa Risikan Senat.- MalaysiaGazette