Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata mangsa merupakan seorang lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya mangsa lelaki dikenali sebagai Muhammad Bake, 49, berasal dari Kampung Melayu di sini manakala mangsa wanita dikenali sebagai Helen Suma Ak. Gilbert dari Kampung Moyan Lidang, Asajaya.
Menurut Tiong, kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 petang apabila sebuah kren yang sedang menjalankan kerja-kerja di tapak perumahan berkenaan menghempap dua pekerja terbabit.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat pekerja wanita yang tersepit dilakukan menggunakan dua jentera Kobelco bagi mengangkat plantar kren tersebut dengan menggunakan kabel, manakala mangsa dikeluarkan dengan menggunakan ‘scoop stretcher’ oleh pihak bomba.
Katanya kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kesihatan yang tiba di tempat kejadian dan menambah kedua-dua mayat pekerja terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA